Hosting murah-murah

cinta???


Di antara sisi gelap dan terang, masih ada sisi biru yang menyertainya. sebab hidup adalah rahasia Allah yang menjelma warna-warna, menjelma sesuatu yang harus disibak, dipahami, ditafsir, dan diungkapakan, meski hanya sebatas isyarat yang belum menjadi kemutlakan.

Sebuah perjalanan cinta justru akan menjadi momok ketika harus terkalahkan oleh rasa hormat, takdzim dan juga ketakutan akan kutukan. Namun bila cinta itu tumbuh atas benih cinta, tak ayal jika kemanisan anggur surga, atas nama cintalah, yang akan tereguk tatkala dahaga atas cinta tak mampu entaskan perih, nyeri, pilu serta luka hati atas penghianatan cinta.

Betapa sakit ketika cinta harus pupus oleh sebab ketakberdayaan, sebuah pengingkaran terhadap kodrat cinta yang suci atas anugerah-Nya, kedzaliman, yang tak pernah disadari, atas fitrah cinta itu sendiri. Fitrah sebagai manusia yang diberi sesuatu tentang keseluruhan cinta. Padahal sedikitpun cinta tak mengajarkan pada siapapun untuk memaksa dicinta atau mencinta! Karna cinta itu adalah kebebasan itu sendiri. sebuah kesalahan yang selama ini tak pernah kita sadari dan kita pahami adalah usaha kita menafsir cinta dengan sebuah keterbatasan.
untaian hikmah sang penulis :

> Jika kamu ingin merasakan kehidupan, maka lihat dan rasakan bagaimana kehidupan mengajarimu tentang kegetiran; kegetiran yang akan memberimu hikmah yang kan terasa manis. Engkau terlahir sebagai sosok perempuan, namun berjiwalah seperti singa, jangan takut akan sesuatu yang masih buram karna jika kau hanya terpaku, tak berbuat sesuatu, maka kau takkan pernah tahu dan takkan mendapatkan apa-apa. Dan atas kodratmu jugalah, tak ada yang lebih berharga dari dirimu selain cinta dan kehormatanmu

> Dia ada bersamamu, ketika kau harap. Meski sebenarnya kelak akan ada sesuatu yang akan kau temukan

> Ia pernah ada dalam hidupmu, pernah jadi sesuatu dalam hidupmu, tapi, benarkah itu tak ada yang lebih manis ketika kau menemuinya walau kau takkan menemukannya lagi??

> Jika kau yakin bahwa ia akan datang untuk mencintaimu, kenapa kamu harus takut untuk tetap mengharap bahwa ia akan datang padamu dan memberikan cintanya padamu?

> Bila kau mampu mencintainya dengan hati atas fitrah-Nya, maka cintailah ia tanpa perlu kau harap apakah ia juga sama sepertimu...


Coretan Sepenuhnya====Disini

Pilihan yang terbaik...Ciri-cirinye???




Pilihan si dia ikut sedap mata atau kemampuan intelek

SIAPA tidak mahu kekasih cantik jelita atau kacak bergaya. Sudah menjadi lumrah alam, si cantik dan menarik itulah yang mudah mendapat perhatian.

Namun, baik lelaki atau wanita, kecantikan cukup subjektif untuk ditafsirkan. Individu yang dilihat cantik, belum tentu sempurna sifatnya atau mampu menjanjikan kebahagian abadi.


Andai lelaki mengimpikan wanita yang memiliki paras rupa cantik dan tubuh menggiurkan, wanita juga pasti mahukan elemen sama dari seorang jejaka. 

Apapun alasannya, setiap orang ada sebab tersendiri untuk membuat keputusan. Apakah pilihan hati anda bersandarkan paras rupa atau lebih menjurus kepada aspek pendidikan, latar belakang pekerjaan dan personaliti diri?

Coretan Sepenuhnya====Disini

Fakta : kenapa suke berbohong [Lelaki & Wanita]






Faktor, situasi dorong Lelaki , Wanita berdusta


MUNGKIN benar kata orang, kebenaran kadang kala pahit untuk ditelan, malah ada kalanya lebih baik andai kita tidak mengetahuinya. Dalam situasi tertentu, lebih elok berbohong atau menapis sedikit cerita demi menjaga hati orang lain atau mengelak keadaan menjadi bertambah buruk.


Istilah popular, bohong sunat juga sering digunakan apabila merujuk situasi seseorang terpaksa menipu dek terdesak. Namun, berhati-hatilah - benarkah amalan ini mencakupi konsep sunat itu sendiri? Bukankah kita, pada setiap masa digalak berterus-terang dan bukannya menjadi kaki auta?


Apa agaknya situasi membolehkan kita berbohong? Bagaimana pula andainya tembelang pecah? Mampukah kita untuk terus berbohong lagi...

Coretan Sepenuhnya====Disini

Cara yang paling "cara"untuk memujuk....


Buang ego, beri hadiah semarak hubungan

ADAT berkasih, ada pasang surutnya dalam menjalin hubungan. Malah, suami isteri sendiri tidak terkecuali berdepan konflik dalam melayari bahtera perkahwinan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri...


Merajuk dan berkecil hati sudah menjadi rencah kehidupan. Kalau tidak wanita yang merajuk, lelaki pula berkecil hati. Masing-masing berhak meluahkan perasaan kesan daripada insiden yang mungkin menjadi punca perbalahan.


Tiada salahnya merajuk, namun pastikan protes jiwa itu tidak memudaratkan hubungan hingga membawa krisis lebih besar.

Maka, jalan terbaik untuk memastikan hubungan kembali mekar, salah seorang harus memulakan langkah mengalah dan mengetepikan ego agar kasih kembali bertaut.

Sedar atau tidak, situasi ini sebenarnya menguji kasih sayang. Lakukan kejutan dengan membeli hadiah, membawa menonton wayang dan menikmati makan malam penuh romantis - bukankah itu mampu meredakan hati yang sedang luka?


Coretan Sepenuhnya====Disini

cinta ibarat air

"MUDAHKAH anda membuka pintu hati kepada seseorang, tetapi teramat sukar untuk menutup kembali pintu hati kepadanya?"

MUDAHKAH anda membuka pintu hati kepada seseorang, tetapi teramat sukar untuk menutup kembali pintu hati kepadanya?

Tidak dinafikan apabila perasaan cinta sudah bermukim di hati, anda terasa betapa indahnya dunia.
Lebih indah lagi apabila segalanya terbuai kerana mencintai seseorang yang anda amat suka walaupun dia tidak membalasnya.


Namun, pengalaman pernah menyayangi seseorang, tetapi akhirnya dilukai membuatkan bencinya hati apabila hendak menerima kehadiran orang baru. 

Begitu juga sebaliknya, seseorang yang begitu menyintaimu, tetapi anda tidak menyukainya walau sebesar zarah pun. Fikirlah, perasaannya sama seperti perasaan anda - ingin mencintai walaupun tidak dicintai. 

Hormati perasaannya, tetapi usah berikan harapan kerana terpaksa dalam cinta adalah suatu kepalsuan. Akhirnya yang merana diri anda sendiri. 

Cinta ibarat air. Anda sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan, ia akan menjadi ombak yang akan membuatkan hidup anda terumbang-ambing. 

Jika ia ibarat air di kutub, maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita.

Jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkannya ke muara.

Sekiranya ia ibarat air terjun, lalu terhempaslah anda berulang-ulang ke bawah. Kalau ia ibarat air tasik yang tenang membiru, anda dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Lalu jenis air mana yang anda inginkan? 

Carilah mata air yang suci lagi murni walaupun keluar sedikit demi sedikit, tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk saja. 

Biarlah anda menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya, tetapi anda tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.

Jika anda sudah melengkapi diri untuk membina kekuatan dalam fasa perhubungan yang baru, cubalah petua berikut. Mana tahu cinta yang baru bakal memenuhi dan menyinari kekosongan jiwa, memberi kehangatan kebahagiaan buat anda selamanya.

Antara petuanya:


-Apabila si dia sibuk, jangan pula anda terlalu merengek-rengek meminta si dia menjemput anda di tempat kerja ataupun menemani anda ke mana jua sedangkan anda sudah tahu rutin kerjayanya.

-Sekiranya si dia terlalu ego, jangan sesekali mempersoalkan keegoannya apabila sikap sedemikian sedang menguasai dirinya. 

-Baik lelaki atau perempuan, adakalanya mereka begitu ego dan sukar mengakui sesuatu walaupun memang jelas dia yang bersalah. Mungkin dia lebih tegas, tetapi anda sukar menafsirkan sikapnya.


-Jika si dia romantik, ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenang saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa menyelitkan perancangan untuk masa depan bersama. 

-Apabila si dia panas baran, jangan membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi rasa marahnya. Cuba berdiam diri dulu sampai kemarahannya reda dan selepas itu barulah berbincang apa yang sepatutnya.

-Jika si dia penat, jangan mengadu perkara ataupun bercerita perkara remeh-temeh. Dalam saat sebegini, si dia hanya perlu rehat secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yang boleh menambah kepenatan bahkan berasa bosan melayani kerenah anda yang bersifat keanak-anakan.

-Sekiranya si dia terlalu mementingkan diri sendiri, cuba berterus-terang dan luahkan rasa tidak puas hati anda mengenai sikapnya itu. Anda sepatutnya bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat anda juga. 

-Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain kerana persefahaman amat penting dalam menjalin perhubungan antara lelaki dengan perempuan.

-Apabila si dia mengongkong dan anda pula memberontak, pasti akan dimarahinya kerana terdorong atas rasa yang tidak menyenangkan itu. 

-Tetapi kalau anda menurut saja katanya, takut menjejaskan diri sendiri sehingga akan meletus sesuatu yang tidak diingini apabila timbul rasa tidak puas hati di kemudian hari. 

-Untuk itu, anda perlu berkata sesuatu kepadanya untuk membiarkan anda membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan anda berdua. 

-Apabila si dia selamba, cuba tarik perhatian si dia. Contohnya lakukan sesuatu yang boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang mulakan dulu. Oleh itu, rancang sesuatu untuk menarik perhatiannya. 

-Sekiranya si dia curang, jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya padanya tujuan dia bersikap begitu. Tetapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah anda sendiri yang berundur dulu sebelum hati semakin parah lukanya.

-Jika si dia lurus bendul, memang anda boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya, tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak-tanduknya. 


Anda patut menjadi perangsang kepadanya dan mengatakan yang dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa terlalu mengharapkan orang lain.

Coretan Sepenuhnya====Disini

Senyuman untuk si gadis

SESEKALI melihat pasangan bergandingan seiringan, terdetik rasa iri juga keinginan untuk disayangi seperti mana pasangan lain.


Apatah lagi ketika dilanda kesunyian yang panjang, alangkah indah jika saat itu terisi dengan kehadiran si dia buat pengubat hati lara.
Berjalan di tepian pantai, menonton wayang atau melakukan riadah bersama tentunya begitu indah.

Namun mungkin bagi segelintir lelaki, tidak semudah itu mendapatkan teman wanita sehati sejiwa apatah lagi jika lebih dikuasai rasa malu untuk memulakan perhubungan.

Jika terasa janggal untuk mendekati si gadis pujaan hati apatah lagi membuka mulut untuk mengajaknya keluar, petua berikut mungkin boleh membantu anda mencari teman hidup dan seterusnya melayari mahligai bahagia:

-Sebagai lelaki, anda perlu mulakan langkah pertama biarpun ada yang mengatakan si gadis juga boleh membuka mulut untuk menyatakan segalanya. 


-Beranikan diri bergaul dan berkenalan dengan ramai gadis sebelum membuat pilihan.

-Anda perlu menyesuaikan diri dengan keadaan dan mengawasi gerak-gerinya, tetapi jangan sampai mengekorinya sehingga ke hadapan rumah!

-Apabila bertemu gadis yang diminati, lakukan sedikit ‘penyiasatan.’ Selidik latar belakangnya sama ada dia sesuai atau tidak, keluarganya dan paling penting, sama ada dia berpunya.

-Caranya, anda boleh bertanya kepada rakan gadis berkenaan untuk mencari fakta yang betul mengenainya.

-Jika sudah bertemu dengan bakal teman wanita, perlu diingat anda tidak akan dapat mendekati gadis impian melainkan anda menegurnya.

-Sebagai langkah awal untuk mendekatinya, mulakan dengan senyuman. Bagaimanapun, anda tidak digalakkan merenung gadis itu terlalu lama kerana dia mungkin berprasangka negatif.

-Anda hanya perlu berlagak biasa, jangan cuba berlagak macho atau seksi kerana ia boleh membuatkan gadis itu meluat. Berlagak biasa, tetapi berhati-hati dengan percakapan dan tindak-tanduk agar tidak menyinggung perasaannya.

-Atur temu janji seperti makan malam atau menonton wayang. Namun, lebih baik bertanya si gadis ke mana dia ingin pergi agar lebih selesa.

-Apabila anda berdua sudah semakin selesa dan serasi, inilah masanya untuk berterus terang.


Coretan Sepenuhnya====Disini

Jadi Diri Sendiri

BIASANYA, kebanyakan lelaki sanggup berbuat apa saja untuk menambat hati wanita pujaannya. 
Bagaimanapun, ada yang tidak bersetuju. Kata mereka, tidak perlu menunjuk-nunjuk atau bersikap 'pipi tersorong-sorong' untuk menyatakan anda begitu bernilai untuknya.
Sebenarnya, wanita tidak mengharapkan anda melakarkan nama mereka di langit biru atau menempah iklan untuk menyatakan anda sukakan dirinya. 

Lelaki hanya perlu melakukan beberapa perkara yang menggembirakan hati wanita. Untuk menawan hati mereka, lelaki tidak perlu mengada-ngada, sebaliknya, bertindaklah seadanya.

Mungkin petua berikut mampu membantu anda menjadi lelaki sempurna di sisi si dia yang sentiasa menyanjungi anda.


Menepati janji 

-Jangan membuatkan wanita yang ingin keluar bersama anda rasa bosan disebabkan masalah kecil. Cuba elak daripada menyakiti hati wanita kerana anda tidak mematuhi janji. 

-Jika anda biarkan dia tertunggu-tunggu, ini akan menjejaskan suasana pertemuan untuk keluar bersama.


Jadilah lelaki yang penuh santun

-Sebaik saja anda sampai di rumahnya, tunjukkan tingkah laku sopan. Elak menunggu dalam kereta dan membunyikan hon kereta sebagai tanda anda sudah sampai. 

-Sebaliknya, jemputlah dia di pintu rumah. Jika dia tinggal bersama keluarga, masuk ke dalam rumah dan berjalan beriringan ke kereta.

-Tunjukkan anda menghargainya dan amalkan sikap 'perempuan dulu'. Jangan lupa, ucapkan kata pujian mengenai penampilannya.

-Ketika bersama wanita, perlu pandai menjaga hatinya agar timbul rasa kagum dalam hatinya terhadap anda. Perkara kecil ini mungkin nampak remeh dan sering dilupakan, tetapi yang pasti, wanita amat mengambil berat mengenainya. 

-Tayangkan minda anda dan elakkan kesilapan bodoh.

-Perkara paling penting ketika bertemu janji dan bercinta adalah mengenal atau membaca pemikiran seseorang (iaitu anda dan si dia). Pastikan anda bebas menayangkan diri anda, khususnya pemikiran anda. 

-Biasanya wanita mendefinisikan watak dan kewibawaan seseorang melalui bentuk pemikiran. 

-Antara caranya adalah mengajaknya berbual mengenai topik yang memberangsangkan. Tunjukkan anda mempunyai sifat kelakar dan boleh bercakap apa saja tajuk serta memiliki pendapat yang menarik dan boleh dipakai. 

-Paling penting, dia akan menganggap anda seorang berkarisma dan tidak pentingkan diri. 

-Jika anda tidak pasti mengenai sesuatu perkara, cuba buka topik lain supaya tidak berlaku kesilapan bodoh. Wanita tidak suka masa 'janji temu' tidak dimanfaatkan sebaiknya. Awas jika anda membuat jenaka, jangan sampai menonjolkan kebodohan diri. 


Bertemu keluarga 

-Lelaki berani harus bersua muka dengan keluarganya. Jika anda sudah berjaya memikat hati seorang wanita, anda harus pandai memikat hati keluarganya. Jika anda boleh memikat hati keluarganya, pasti hubungan anda berdua akan mendapat restu dan ini akan memudahkan anda.

-Untuk mendapat markah lulus, perlu ingat dua perkara iaitu pikat bapanya dengan kepandaian anda serta pikat emaknya dengan penampilan dan kesantunan.

-Ini bermakna anda perlu bersembang dengan penuh bijak bersama ayahnya, seperti berbual apa saja daripada hal politik kepada hobi berkebun untuk menunjukkan anda ada 'otak' dan pujilah masakan emaknya. 

Tunjukkan kemampuan 


-Ramai lelaki menganggap cara untuk memenangi hati wanita adalah melalui wang. Malangnya, wanita tidak menilai lelaki berdasarkan saiz dompet mereka (Jika ada wanita sedemikian, anda patut elak mendampingi mereka). 

-Sungguhpun niat hati untuk melayannya bagaikan puteri, harus tanya diri sendiri, mampukah anda? Untuk yang tidak mampu, tidak perlu berbelanja di luar kemampuan. 


Perkara pokok 

-Perkara pokok dalam perhubungan - jujur, ringkas dan ikhlas. Jika anda memiliki ketiga-tiga ciri ini tanpa perlu berlakon dan berpura-pura, dia pasti akan jatuh cinta. Perlu diingat, jika anda mahu menawan hati perempuan, pastikan anda tidak mengada-ngada.

Coretan Sepenuhnya====Disini